Want your
own Fotopage?








 
Memoir penanam buah naga @dragon fruit @pitaya
dragon fruit, pitaya
By: dol malek

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Saturday, 15-Aug-2009 00:36 Email | Share | | Bookmark
Buah Naga ku Kembali

Buah naga giant - melebihi 1.2kg
Berbuah dan berbunga lebat
Selepas lama menyepi dan tak berhasil, buah naga ku kini kembali dengan banyaknya. saiz buah pun kali ni 80% melebihi 400 gram. Malah yang melebihi satu kg pun banyak.

Nangka dah mula berbuah DOl.....baru 17 bulan...syukur..harga ladang Gred A sekarang berapa pemborong ambil??,,Dragon syaa ad gak berbuah..tetapi monyet hitam dah ambil pagi2 lagi....ada bulan Julai dulu buah banyak tapi masam sikit...dia dapat baja nangka..tapi baja kimia...Pokok markisa kat umah saya di Saujana Impian sdnag berbuah lebat nie...kalu raya ni free datanglah Umah di Kajnag..call dulu...wassalam..Selamat hari Raya maaf Zahir Batin..azmi Mon 14-Sep-2009 15:37
Posted by:azmi usahawan.nangka@gmail.com
Azmi, Selamat Hari raya dan pohon kemaafan kalau ada salah dan silap.
Buah naga saya tak jual kat pemborong, jual kat kawan2 dan jual tepi jalan je, tu pun alhamdulillah habis. Teringin jugak nak masuk tengok kebun nangka u,nantilah kalau lalu kwasan tu saya call u...
Thu 24-Sep-2009 14:02
Posted by:dolms dolms2003@yahoo.com
assalamualaikum..saya pelajar jurusan Sains dan Teknologi Makanan di UPM. Sekarang saya sedang menjalankan projek tahun akhir dan tajuknye adalah "Antioxidant propeties of pulp, peel and seed of white pitaya". Saya mengalami masalah untuk mendapatkan sampel dr dalam Malaysia kerana kekurangan tanaman pokok pitaya putih di Malaysia. Saya nak minta jasa baik pihak tuan untuk memberi sedikit komen dan nasihat. Boleh saya dapatkan maklumat ini dari pihak tuan :

a) pihak tuan ada tanam buah pitaya putih?
b) sekiranya tidak, boleh tak tuan beri saya maklumat ladang buah pitaya yang ada di Malaysia untuk saya hubungi.

Terima kasih, wassalam.
Mon 14-Dec-2009 01:39
Posted by:noor hidayah mohd isa glory_norafiyatul@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Monday, 10-Nov-2008 06:40 Email | Share | | Bookmark
Terbaru dari ladang

 
 
 
Jual buah tepi jalan je
Dah lama tak update fotopages ni. Ni gambar yg diambil sebelum bulan puasa tempoh hari. Sekarang ni kat ladang tak de buah. Musim melawas...

Semua buah saya bungkus tapi pakai plastik. So still nampak le buahnye. Bunga pun diaorang kerjakan jugak. en. Azmi cadang pakai furadan n pisang. Kesian le pulak. macamanapun terimakasih atas cadangan , saya akan cuba guna kain pulak... Mon 16-Feb-2009 15:06
Posted by:RO archiro@ymail.com
salam member semua.. buat masa sekarang.. saya bela harimau, dia jarang le datang.. tapi kalau dia datang juga terpaksa lah abah fire dengan senapangnya.. kalau semakin worse nanti furadan juga le jawabnya.. tapi harap2 masih terkawal Sun 15-Mar-2009 04:53
Posted by:maelnaga
Bro! kalau harimau, i takut dia ngam tuan dulu dari monyet apa cerita? Mon 16-Mar-2009 05:41
Posted by:RO archiro@ymail.com
View all 10 comments Add comment


Friday, 23-Nov-2007 10:18 Email | Share | | Bookmark
Panen! Panen! happy harvesting....

Satu pohon yg lebat buah
Buah dah masak ready untuk dipetik
Penuh belakang UNSER
View all 4 photos...
Suasa dikebun pada minggu lepas sungguh meriah. Warna hijau (pokok naga) dan warna merah (buah yg masak mewarnai kebun. Rasa seronok memetik buah membuat rasa penat hanya dirasai bila menjelang malam....lebih kurang 200kg buah dapat dipetik....

salam en dol menarik je penanaman buah naga ni. en dol blh bantu saya.. blh email kn kertas kerja buah naga pd sy.. tuk tujuan pembelajaran. Fri 19-Sep-2008 17:38
Posted by:mas maslynn_aquarius@yahoo.com
saya perlukan maklumat terperinci mengenai penanaman buah naga. sy seorang pelajar di penang, hendak menyiapkan tugasan yg perlu saya temuramah usahawan. boleh ke en dol bantu saya? Fri 19-Sep-2008 17:44
Posted by:mas maslynn_aquarius@yahoo.com
pokok dragon dah besar sikit tapi rumput lembu byk & lebih tinggi dp pokok dragon mcm mana i nak buat ya. mohon tunjuk ajar
Fri 21-Nov-2008 07:40
Posted by:aini ainisuzana@kkr.gov.my
View all 17 comments Add comment


Tuesday, 9-Oct-2007 03:28 Email | Share | | Bookmark
Terbaru dari RCB Dragonfruit Farm

Bunga pun dah mulai banyak
Pokok pun nampak sihat dan hijau
Buah naga?
View all 4 photos...
Hi, dah lama tak update fotopages ni, sebabnya sedang menjalankan usaha memulihkan semula pokok selepas terbiar tak diletak baja. Selepas 4 bulan pemulihan pokok kembali cantik dan buah pun dah mula banyak, 100++ kg sebulan. Melihatkan dari bunga yg dahkembang, anggaran buah dijangka meningkat ke tahap 400++ kg sebulan pada musim raya ni, ...

Lesson learned : kalau tak letak baja, tak de buah.. So jangan takut letak baja, nanti pokok akan bagi balik apa yg kita beri kepadanya .....

helo boh,biasa la org teganu....ok gni boh.saya ada tanam buah naga kt pekan pahang,seluas 2ekar,dah 13bulan dah umur pokok tu tp masalah nya skrg saya tak market utk mamasarkan buah tersebut secara comercial..skrg saya nak tanya kot2 boh ada pemborong2 dari pahang,samada kuantan or rompin???tolong saya boh eh...bereeehh
Sun 24-Feb-2008 12:09
Posted by:ahmad faizuddin bin mohd sidek judd_cav3929@yahoo.com
faiz, buah naga saya pasarkan sendiri kepada peniaga-peniaga buah dipasar-pasar basah dan kekadang jual sendiri ditepi jalan. Volume saya lum cukup untuk hantar ke pemborong. Pasal pemborong dari pahang tu, tak dapek den nak tolong sebab masa ni takde lai kontak kat sana. Kalau ado nanti saya kasi kontek no kat u Thu 28-Feb-2008 03:36
Posted by:dol dolms2003@yahoo.com
susah nak bisnes skrg,ada hasil dh pahtu nk mintak tolong dgn fama pun payah la dgn dorg tu..ada ke nk ambik buah gerd A (500grm ke atas) dgn harga RM3 se kg,baik aku jual tepi jalan jer..ntah apa2 fama ktn tu...ingat kita guna baja taik lembu ke or x payah baja terus... Sun 24-Aug-2008 09:15
Posted by:faiz judd_cav3929@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 4-Apr-2007 06:09 Email | Share | | Bookmark
Musang pun nak makan buah naga....

Buah pitaya dimakan musang
Sedap nampak buah ni
Close up
View all 4 photos...
Hi, lama tak update gambar kat sini. Baru-baru ni ada melawat kat satu kebun buah naga dikampung berdekatan dan dapati banyak buah naga yg sedang meranum dimakan oleh musang. Nampaknya musang sangat suka makan buahni..
Semasa berbincang dengan pemilik kebun tu, saya dapati walaupun buahnya dibuat pembungkusan, tapi pembungkusannya tidak menyeluruh. Pak cik tu akan cuba membuat pembungkusan yg akan menutupi buah secara sepenuhnya dan akan menggunakan jaring plastik yg lebih tebal. Nanti saya akan check balik dengan pakcik tu untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan teknik ni...

Dol...saya tgk gambar tue bukan musnag tetapi tikus tanah..sama dengan kebun saya...
Cuba perangkap tikus tue...

Mon 25-Jun-2007 04:01
Posted by:azmi  - [Link]
Kebun saya alhamdulillah belum ada serangan lagi, tapi jaga-jaga juga dan bungkus guna jaring plastik yg tebal skit Wed 27-Jun-2007 07:44
Posted by:dol dolmalek@gmail.com
A,kum DOl. Selamat berposa...memnag besarlah buah guna baja semburan DOl...ada mencapai 1.5 kg sebiji..pecah plastik pembalut......Cubalah apa2 baja foliar Dol..berkesan...Ikan baung n puyu pun besar2 dol..

azmi
Fri 14-Sep-2007 03:18
Posted by:azmi zemidragon@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Tuesday, 7-Nov-2006 08:06 Email | Share | | Bookmark
Dah dapat makan buah selepas 5 bulan...

Petik buah pertama...
00:00
Warna buah yg menarik...
00:00
Selepas 5 bulan tanam, akhrnya dapat lah saya merasa buah naga yg saya tanam sendiri. Berat buah kira-kira 480 grams, not bad, rasa boleh tahan manis..




Menurut pembekal baja saya, memang ada ladang kat melaka tu yg kena jangkitan penyakit tu, sekarang owner tengah cari cara nak baik pulih kebun. Risau juga bila dah labur banyak lepas tu hasil tak jadi sebab serangan penyakit. Saya ada cadang nak gi kebun tu, tapi supplier kat jangan pegi sebab nanti takut virus tu ikut balik dan jangkit kat kebun kita pulak..

Prevention is better than cure

dol
Wed 10-Jan-2007 02:28
Posted by:dolmalek
Dol, tumpang tanya sikit. Dengar cerita Dols tengah cuba baja cecair harga RM100 satu gallon kilangnya di Rawang. Macamana prestasinya. Katanya purata buah satu tiang 40 biji. Macam ngarut je bunyi.. . Harap beri komen balas. Sat 17-Mar-2007 04:33
Posted by:Cik Elly ijokpitaya@gmail.com  - [Link]
Saya baru je cuba baja cecair yg saya beli dengan harga RM100 bagi 4 liter. Tak taulah pulak samada baja tu yg cik elly maksudkan, tapi sofar tak de perkembangan positif lagi. Mungkin baru lagi. Kalau ada perkembangan saya akan update kat sini.

Sekarang ni ada macam-macam co yg promote baja, nak guna mana satu pun pening, sebab prestasi lebih kurang sama je. Mungkin cara kita sembur memainkan peranan....
Mon 19-Mar-2007 01:55
Posted by:dol dolmalek@gmail.com
View all 13 comments Add comment


Thursday, 12-Oct-2006 07:50 Email | Share | | Bookmark
Bunga dan agen pendebunga

Lebah dan bunga 1
Lebah dan bunga 2
lalat pun ada juga
View all 6 photos...
Interesting finding, bila saya tengok bunga-bunga dargon yg kembang pada waktu pagi ada banyak lebah-lebah yg sedang asyik mengambil polen dan madu. Terima kasih lebah dan timbul pula idea, mungkin boleh bela lebah dalam ladang pitaya, tu projek saya yg seterusnya lah..

Sebelum ni guna baja apa Hamdan....ikut Dol guna baja cecair dah petik buah dia dah..... Thu 9-Nov-2006 07:52
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com  - [Link]
Azmi/Dol, macam mana nak dapatkan baja tu. Apa brand ? Berapa harga ?. Contact lah saya 012-2141529.
Fri 22-Dec-2006 01:04
Posted by:Hamdan klhss1@streamyx.com
Hamdan, kalau baja organik saya guna jenama Lagenda Madu. Baja organik ni bebas dari campuran tinja haiwan. Minggu ni ada 4 ton baja sampai kat kebun saya, kalau u nak sikit saya boleh beri. Kalau nak order direct dari co kena order banyak sebab kos transport akan merugikan kita, lokasi kilang di Ipoh perak..
Call me kalau interested ; dol 019-3064100
Fri 22-Dec-2006 03:16
Posted by:dol dolmalek@gmail.com
View all 6 comments Add comment


Thursday, 12-Oct-2006 07:38 Email | Share | | Bookmark
Sistem para yang saya guna

Besi yg digunakan untuk para
Besi dilipat besilang supaya kuat
Besi para di salut polipaip
View all 4 photos...
Sistem para ini dicadangkan oleh pembekal benih. Sistem yg ringkas dan mudah. Tapi besi perlulah disalut dengan paip plastik atau paip poly.Masalah so far, ada dahan yg dibiarkan panjang yg patah, mungkin kerana saiz para yg kecil. Tapi kalau dibuat pemangkasan pada pucuk muda pada paras para, dahan-dahan baru yg tumbuh, walau pun dah panjang belum ada yg patah lagi.

saya pun ada mencuba guna para wayar atau besi tapi dahan2 baru akan mudah patah berbanding penggunaan tayar Mon 26-Nov-2007 08:24
Posted by:Ainisuzana Abd Halim ainisuzana@kkr.gov.my
Pada peringkat awal memang ada yg patah. tapi bila pokok dah besar takde masalah. Kalau nak elakkan patah, buat pemotongan pucuk pada peringkat awal seperti dalam gambar Tue 27-Nov-2007 03:02
Posted by:dol dolmalek@gmail.com  - [Link]
tq, boleh juga cuba nanti coz masih byk yg belum letak tayar. susah sgt nak dapatkan pekerja sekrg ni Tue 27-Nov-2007 11:03
Posted by:Ainisuzana Abd Halim ainisuzana@kkr.gov.my
View all 5 comments Add comment


Thursday, 28-Sep-2006 04:54 Email | Share | | Bookmark
Problems-problems

Anak benih reput, mungkin lebih air sebab hujan
Semut suka makan pucuk muda - kena buat racun semut sendiri
Tunas rosak kena besi sokongan- tepaksa salut besi dengan tube
View all 5 photos...
Mana ada projek takde masalah, kalau takde masalah kita tak belajor. Ini adalah antara masalah yg dihadapi sepanjang tempoh 5 bulan. Masalah lepas ni, kita cerita kemudian (hopefully takde masalah lah)

Untuk semut saya guna formula : sabun breeze (1 sudu) + minyak masak (1 sudu) + air 1.5 liter + ciliapi(5 biji)+bawang putih (5 ulas). Hancurkan cili api dan bawang putih. Lepastu masukkan kedalam tong spray + air, dan spray kat semut. Semut akan lari dan ada yg mati...

Thank you Dol
seperti yang saya maklum di atas
Xanthomonas campestris - saya guna KOCIDE 101
Antraknos - saya guna mancozeb and binomi
tapi untuk fungus Dothiorella, apa yang patut saya sumbur sebab semua racun ket atas ni tak berkesan terhadap Dothiorella. Selain itu saya telah buang semua batang yang sakit tu tapi memang dia merebak dengan cepat pada musim hujan ni.
Fri 30-Nov-2007 06:09
Posted by:Razali
En. razali, saya sedang cuba semburan EM (bakteria baik) sebagai langkah pencegahan. Tak tau berkesan ke tidak. Mungkin u boleh cuba guna EM juga untuk mengatasi masalah dothiorella.. e-mail privately untuk dapat info lanjut pasal em ni.. Mon 3-Dec-2007 08:53
Posted by:dol dolmalek@gmail.com  - [Link]
salam,saya student lagi n saya nak tahu tentang buah naga.cam na kita nk tahu tanda2 pkok buah naga kene serangan bakteria Xanthomonas Campestris.tolong terangkan..... Thu 16-Oct-2008 02:37
Posted by:anna ijana_annez@yahoo.com.my
View all 36 comments Add comment


Monday, 18-Sep-2006 10:01 Email | Share | | Bookmark
Pengurusan pokok semasa peringkat pembesaran

Banyaknya tunas yg hidup..cuma perlu tinggalkan satu yg sihat
Satu tunas sahaja dibiarkan tumbuh untuk sampai ke para
Benih yg rosak atau reput, kenalah ganti dengan yg lain
View all 4 photos...
Kerja-kerja peringkat ni melibatkan merumput, pembuangan tunas yg berlebihan, membuat para, mengawal penyakit etc

Ok..T.Q... Dol.., nampaknya kena try ke22 tekniklah nampaknya...baru boleh compare hasilnya. Thu 5-Oct-2006 13:26
Posted by:mael aem3602@yahoo.com
Gambar bila lagi nak update....nak tengok dah besar mana pokok u? Fri 6-Oct-2006 05:53
Posted by:RO
salam,
saye sara dari syarikat DUCH TECH SDN BHD.syarikat kami ader menjual baja organik mikrob.baja nie sesuai utk sumer jenis pokok,terutama pokok dragon fruit. sepokok boleh mengeluarkan 40 biji dragon fruit.baja nie juga boleh mencegah pokok dari terkena sebarang penyakit.harga baja amat berpatutan. 1 liter RM40.00, 4 liter RM100.00, 10 liter RM200.00.Wang akan dikembalikan sekiranya pengguna tidak berpuas hati.sekiranya anda berminat boleh hubungi saye di talian H/p 012-2536021 ofice 03-82101531/41. email- kazuya_uks@yahoo.com.
Fri 2-Feb-2007 09:11
Posted by:suhairah kazuya_uks@yahoo.com
View all 11 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.