Memoir penanam buah naga @dragon fruit @pitaya
dragon fruit, pitaya
By: dol malek

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 9-Oct-2007 03:28 Email | Share | | Bookmark
Terbaru dari RCB Dragonfruit Farm

Bunga pun dah mulai banyak
Pokok pun nampak sihat dan hijau
Buah naga?
View all 4 photos...
Hi, dah lama tak update fotopages ni, sebabnya sedang menjalankan usaha memulihkan semula pokok selepas terbiar tak diletak baja. Selepas 4 bulan pemulihan pokok kembali cantik dan buah pun dah mula banyak, 100++ kg sebulan. Melihatkan dari bunga yg dahkembang, anggaran buah dijangka meningkat ke tahap 400++ kg sebulan pada musim raya ni, ...

Lesson learned : kalau tak letak baja, tak de buah.. So jangan takut letak baja, nanti pokok akan bagi balik apa yg kita beri kepadanya .....


Wednesday, 4-Apr-2007 06:09 Email | Share | | Bookmark
Musang pun nak makan buah naga....

Buah pitaya dimakan musang
Sedap nampak buah ni
Close up
View all 4 photos...
Hi, lama tak update gambar kat sini. Baru-baru ni ada melawat kat satu kebun buah naga dikampung berdekatan dan dapati banyak buah naga yg sedang meranum dimakan oleh musang. Nampaknya musang sangat suka makan buahni..
Semasa berbincang dengan pemilik kebun tu, saya dapati walaupun buahnya dibuat pembungkusan, tapi pembungkusannya tidak menyeluruh. Pak cik tu akan cuba membuat pembungkusan yg akan menutupi buah secara sepenuhnya dan akan menggunakan jaring plastik yg lebih tebal. Nanti saya akan check balik dengan pakcik tu untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan teknik ni...


Tuesday, 7-Nov-2006 08:06 Email | Share | | Bookmark
Dah dapat makan buah selepas 5 bulan...

Petik buah pertama...
00:00
Warna buah yg menarik...
00:00
Selepas 5 bulan tanam, akhrnya dapat lah saya merasa buah naga yg saya tanam sendiri. Berat buah kira-kira 480 grams, not bad, rasa boleh tahan manis..





Thursday, 12-Oct-2006 07:50 Email | Share | | Bookmark
Bunga dan agen pendebunga

Lebah dan bunga 1
Lebah dan bunga 2
lalat pun ada juga
View all 6 photos...
Interesting finding, bila saya tengok bunga-bunga dargon yg kembang pada waktu pagi ada banyak lebah-lebah yg sedang asyik mengambil polen dan madu. Terima kasih lebah dan timbul pula idea, mungkin boleh bela lebah dalam ladang pitaya, tu projek saya yg seterusnya lah..


Thursday, 12-Oct-2006 07:38 Email | Share | | Bookmark
Sistem para yang saya guna

Besi yg digunakan untuk para
Besi dilipat besilang supaya kuat
Besi para di salut polipaip
View all 4 photos...
Sistem para ini dicadangkan oleh pembekal benih. Sistem yg ringkas dan mudah. Tapi besi perlulah disalut dengan paip plastik atau paip poly.Masalah so far, ada dahan yg dibiarkan panjang yg patah, mungkin kerana saiz para yg kecil. Tapi kalau dibuat pemangkasan pada pucuk muda pada paras para, dahan-dahan baru yg tumbuh, walau pun dah panjang belum ada yg patah lagi.


[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net