Want your
own Fotopage?








 
Memoir penanam buah naga @dragon fruit @pitaya
dragon fruit, pitaya
By: dol malek

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Sep-2006 04:54 Email | Share | Bookmark
Problems-problems

Anak benih reput, mungkin lebih air sebab hujan
Semut suka makan pucuk muda - kena buat racun semut sendiri
Tunas rosak kena besi sokongan- tepaksa salut besi dengan tube
Dahan pokok patah - masalah biasa
Nakkan tunas baru keluar, bunga pula yg jadi- kena buanglah
Mana ada projek takde masalah, kalau takde masalah kita tak belajor. Ini adalah antara masalah yg dihadapi sepanjang tempoh 5 bulan. Masalah lepas ni, kita cerita kemudian (hopefully takde masalah lah)

Untuk semut saya guna formula : sabun breeze (1 sudu) + minyak masak (1 sudu) + air 1.5 liter + ciliapi(5 biji)+bawang putih (5 ulas). Hancurkan cili api dan bawang putih. Lepastu masukkan kedalam tong spray + air, dan spray kat semut. Semut akan lari dan ada yg mati...

Dol nak elakkan pokok patah silangkan pokok melalui tengah2 tiang..ingattak masa saya bagi kursus dulu??Atau mudah cerita ikat dengan tali bagi dia cross tengah tiang..klau tidah nanti dia tak balance...
Thu 28-Sep-2006 07:56
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com
Dol nak elakkan pokok patah silangkan pokok melalui tengah2 tiang..ingattak masa saya bagi kursus dulu??Atau mudah cerita ikat dengan tali bagi dia cross tengah tiang..klau tidah nanti dia tak balance...
Thu 28-Sep-2006 07:56
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com
Azmi, memang lah cara tu terbaik sekali, kekadang terlepas pandang gak, lagipun pokok ni cepat membesar, kekadang bila seminggu tak jengok dah bertukar arah. Untuk baiki keadaan, saya kena adjust balik dan ikat dengan tali..

dol
Thu 28-Sep-2006 08:56
Posted by:dol
saya nak share pengalaman dgn en Dol...kita leh sama2 belajar...saya pun masih belajar lagi...
1) mengenai dahan yang reput tue memang disebabkan air yang lebih...tapi jgn bimbang, pokok tak kan mati selagi batang tengah masih ada dan kalau terpotong pun takper asalkan akar ada lilit di tiang...
2) kalau malas nak buat racun sendiri, leh beli dekat pmlm serbuk utk semut...ada jual kat area serdang
Fri 29-Sep-2006 03:51
Posted by:mahani a_mahani@putra.upm.edu.my
http://kristal-06.fotopages.com/ Fri 29-Sep-2006 05:15
Posted by:ila mnorzila@notes.usm.my
Tq cik mahani kerana beri komen yg membina, pasal dahan yg reput tu, kalau sikit saya tak buang, tapi kalau yg reput tu panjang, saya tukar yg lain je walaupun pokok masih sihat, lagipun tak cun lah....

dol
Fri 29-Sep-2006 08:02
Posted by:dol dolmalek@gmail.com
Dol semalam saya pergi kat Pajam Nilai ikut jalna lama kajnag seremban.....saya pertama kali lihat kebun Pitaya ada dua para.... terkejut...dia tanam 5 ekar buah banyak....
Cuba lawat....
Mon 2-Oct-2006 01:06
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com  - [Link]
gambar dia xder ke En Azmi??kalu ada gambar dia, boleh la kongsi2 Mon 2-Oct-2006 07:41
Posted by:redhuan redhuan_ramli@yahoo.com.my
Trelupa bawa camera...masa g sana....tapi saya rasa kosnya tinggi sebab antara tiang dia sambung besi 10mm.... Tue 3-Oct-2006 00:26
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com  - [Link]
kalau panjang sgt reput tue memang patutlah buang....
lagi satu...ni nak dekat hujung tahun....hati2 kalau nampak kumbang jenis XYLOPETRUS warna hitam....kalau ada cepat2 buang sebab ianya biasa datang pd hujung tahun dan ia akan makan bunga, pucuk, buah pun x elok
Tue 3-Oct-2006 01:09
Posted by:mahani a_mahani@putra.upm.edu.my
cara penananaman 2 tingkat memang cantik...tapi bg saya ianya tak berbaloi utk komersial sebab kos terlalu tinggi dan sukar dari pengurusan untuk cantasan dan kutipan hasil...tapi tepulang pd individu itu sendiri dan pandangan dia mcm mana.... Tue 3-Oct-2006 01:17
Posted by:mahani a_mahani@putra.upm.edu.my
Puan Mahani dah tanam luas ker? Dari Agropac ke Puan??....apa penyakit yang kritikal sekarang nie pada Dragon Fruit..En Azizi Perak telah kene serang penyakit nie..Boleh cerita sikit tak..??
Tue 3-Oct-2006 01:47
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com  - [Link]
mahani, tq atas nasihat pasal kumbang tu. Ada penyakit lain ke yg bahaya ke?. Saya ada perhatikan kat beberapa dahan pokok saya yg ada macam debu putih, tapi so far tak memudaratkan pokok lagi. Boleh komen ke apa penyakit tu?

Azmi,
Pasal tanam 2 para tu, saya pun teringin nak tengok gak ladang tu, nanti saya bawa kamera sekali. Saya ada jumpa gambar org vietnam tanam guna teknik high pole ni..tapi nak ambil buah kena pakai tangga...

dol
Tue 3-Oct-2006 08:34
Posted by:dolm dolmalek@gmail.com
Dol sekarang seluruh Malaysia terkene sejenis serangan nie...Black spot ...akhirnya rosakkan batang dan buah....kat Melaka Mr Kock 40 ekar...Kat teluk Intan EN Azizi pun dah kene....Dia pun Tak tido Malma...ada yang berpendapat jangan gunakan najis haiwan...guna baja organik biasa dari ikan, dan tumbuhan .....biar mahal sikit.. Fri 6-Oct-2006 07:14
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com  - [Link]
Thanks Dol. Tadi Mr Steven call saya...Nak jual Bio Agro. RM300 ada sorang lagi jual RM360 benda yang sama.. Fri 6-Oct-2006 07:17
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com  - [Link]
Azmi, thanks for the warning. Risau juga bila dah tanam, then kena serang penyakit. Modal terus terbenam. Bila saya mula nak tanam dulu, saya dah tanya ramai penanam yg lain dan akhir buat keputusan tak nak gunakan baja yg dihasilkan dari najis haiwan. Saya gunakan baja kompos organik dari sumber tumbuhan. Harga pun tak de lah mahal sangat, tak sampai 50sen se kg..

dol
Fri 6-Oct-2006 07:56
Posted by:dolmalek dolmalek@gmail.com
Sabar Dol....jangan guna baja najis haiwan jer..nanti saya hantarkan gambar2 penyakit tu..saya nak tgk bawah mikroskop..apa sebenarnya penyakit tu.....Cabaran penannam nie....Banyak Doa...

Guna baja cecair tu insyalaah selamat
Mon 9-Oct-2006 00:16
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com  - [Link]
Penyakit, Ciri-ciri, Kawalan

Reput batang (Xanthomonas campestris)
ciri - batang busuk berwarna kuning

kawalan – Cabut dan bakar.
- Elak dari menggunakan tinja ayam basah tanpa diproses terlebih dahulu.
- Kebersihan ladang pada tahap yang maksima.


Antraknos
ciri - terdapat tompok bulat berwarna hitam seperti kulat

kawalan – Elak dari air bertakung.
- Sembur dengan racun kulat
- Kebersihan ladang pada tahap yang maksima.



Bintik coklat pada batang dan buah
(Dothiorella)

ciri - terdapat bintik merah kecoklatan pada batang dan kulit buah

kawalan - Sembur dengan racun kulat
- Kebersihan ladang pada tahap yang maksima.
Mon 9-Oct-2006 01:53
Posted by:mahani a_mahani@putra.upm.edu.my
Masalah en azizi tue banyak sebab yg saya tahu lah...
1) benih yang berpenyakit masa mula2 beli dulu
2) kawasan dia banjir
3) keadaan pH tanah yang terlalu rendah dan berasid

tmpt en azizi tue memang kena buang semua...terpaksalah...nak wat mcmana...dari nak tanggung rugi terus...dia kena pulihkan dulu tanah...

aritu sy tgk kat tmpt baru dia kat area pantai...lupa lak nama tmpt...nanti ingat sy bg tau...ok benih dia...pokok pun elok...
Mon 9-Oct-2006 01:57
Posted by:mahani a_mahani@putra.upm.edu.my
pasal penyakit memang payah nak kata...dia mcm baby jugak lah..kalau tak bagi makan cukup, tak sihat lah dia...so kena pastikan pembajaan tak kedekut...

apapun setakat ni penyakit yang paling teruk yg kena virus...spot...memang setakat ni kalau kena terus buang dahan tue

saya pun nak tanam gak dlm 2 ekar...dapat tanah kat sri iskandar...insyaallah pas loan lulus mungkin pas raya....xpun tahun depan
Mon 9-Oct-2006 02:03
Posted by:mahani a_mahani@putra.upm.edu.my
pasal penyakit putih..tue kita panggil keruping... kalau serius kena buang sebab takut ia akan ganggu proses fotosintesis pokok utk dpatkan chy dan makanan

tapi kalau setakat sikit tue, try guna semburan EM5 (Effective microorganisma)... ni en ghazali yg bg tau... ianya sejenis mikrob...

elakkan guna baja haiwan sebab takut ianya proses tak lengkap itu yg jd punca penyakit

memang mcm2 baja ada di pasaran...kena pikir lah kebaikan dan keburukan dulu sebelum beli...

satu lg, boleh jugak buat secara berkala setiap 6 bulan ke check pH tanah kat pokok... ada cecair yg di jual di pasaran, kita boleh guna terus kat site...harga RM60 namanya HUMIBOX... tp ingat jgn letak di tempat panas nanti dia meruap kering lak.... sebab saya ada beli tapi letak kat tmpt panas terus habis kering...pakai baru 2 kali...rugi...rugi...
Mon 9-Oct-2006 02:09
Posted by:mahani a_mahani@putra.upm.edu.my
nak try kordial buah naga tak? saya tlg promosikan kordial ni....sedap...sesuai untuk dijadikan minuman raya nanti...di samping itu boleh promote kan buah naga secara tak langsung...dan akan berkembang lah....org kg pun tau nanti nak makan mcm mana Mon 9-Oct-2006 02:13
Posted by:mahani a_mahani@putra.upm.edu.my
Cuba g blog saya ..saya dah masukkan gambar kulat tersebut..saya gunakan mikroskop digital...

Mon 9-Oct-2006 02:55
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com  - [Link]
Cik Mahani apa nama Racun Kulat Antraknos, Ditrole dan Xantomonas Campestris??

Utgent
Mon 9-Oct-2006 03:00
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com  - [Link]
harga kordial RM 12.00 Mon 9-Oct-2006 07:55
Posted by:mahani a_mahani@putra.upm.edu.my
humibox tu saya rasa adalah humic acid. memang bagus utk tumbuhan. setiap tumbuhan hidup AMAT perlukan humic acid.. saya da jual humic acid ni 1gallon rm49.90...kalao berminat utk cuba baja berasaskan rumpai laut seaweed 1gallon rm99.90..kalo nak baja buah bukan organik NPK 5 35 15- 1gallon rm49.90

apa apa pun , sahabat cuba dulu surf internet cari info kehbatan humic acid dan seaweed sebagai baja untuk lebih yakin.
Mon 9-Oct-2006 08:02
Posted by:khairimhd
nanti saya check dgn pensyarah kat sini k... Mon 9-Oct-2006 08:02
Posted by:mahani a_mahani@putra.upm.edu.my
minta maaf ye , saya cuba mencelah ni, sepertimana yang saya maklum, penyakit tumbuhan ni sama sahaja, cuma tanda tanda bagi setiap pokok mungkin berbeza.

untuk makluman saya adalah penggemar orkid, pasal penyakit antraknos, xanthomonas , downy mildew ni memang biasa la.

antara racun kulat sesuai utk antraknos yang saya guna pada orkid adalah

1. topsin - bertindak secara sistemik, kelas 4, rm30
2. mancozeb - kelas 4, rm25

Untuk xanthomonas saya guna KOCIDE 101 - kelas 3 rm 35
Mon 9-Oct-2006 08:08
Posted by:khairimhd
http://extoxnet.orst.edu/pips/ghindex.html

website bagus tentang pesticide n fungicide.
Mon 9-Oct-2006 08:13
Posted by:khairimhd
Harga tu per kg atau seliter??.... Wed 11-Oct-2006 00:29
Posted by:Azmi zemidragon@yahoo.com  - [Link]
Brader azmi tanya tentang racun racun tu ka? Kalau ye mcm ni le jawapannyer:

semua racun tu dalam bentuk 1kg powder..di pasaran ada pelbagai jenis lagi racun, cublah riki kat kedai pertanian.

kekadang ada racun yang sama dijual dalam bentuk liquid tapi harga mahal berbanding powder.
Wed 11-Oct-2006 01:19
Posted by:khairimhd
Mintak tolong kepada sesiapa yang tau apa ubat yang patut kita guna untuk penyakit Dothiorella, penyakit ni sangat teruk la kat pitaya. Thu 29-Nov-2007 08:18
Posted by:Razali
En razali, cuba sembur dengan racun kulat, macam cik mahani cerita kat atas. Penyakit ni memang senang merebak terutama bila keadaan ladang lembab (musim hujan ni). Thu 29-Nov-2007 12:27
Posted by:dol dolmalek@gmail.com  - [Link]
Thank you Dol
seperti yang saya maklum di atas
Xanthomonas campestris - saya guna KOCIDE 101
Antraknos - saya guna mancozeb and binomi
tapi untuk fungus Dothiorella, apa yang patut saya sumbur sebab semua racun ket atas ni tak berkesan terhadap Dothiorella. Selain itu saya telah buang semua batang yang sakit tu tapi memang dia merebak dengan cepat pada musim hujan ni.
Fri 30-Nov-2007 06:09
Posted by:Razali
En. razali, saya sedang cuba semburan EM (bakteria baik) sebagai langkah pencegahan. Tak tau berkesan ke tidak. Mungkin u boleh cuba guna EM juga untuk mengatasi masalah dothiorella.. e-mail privately untuk dapat info lanjut pasal em ni.. Mon 3-Dec-2007 08:53
Posted by:dol dolmalek@gmail.com  - [Link]
salam,saya student lagi n saya nak tahu tentang buah naga.cam na kita nk tahu tanda2 pkok buah naga kene serangan bakteria Xanthomonas Campestris.tolong terangkan..... Thu 16-Oct-2008 02:37
Posted by:anna ijana_annez@yahoo.com.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.